Rukun syahadah 4 perkara:
1. mengisbatkan zat Allah
2. mengisbatkan sifat Allah
3. mengisbatkan af’al Allah
4. mengisbatkan kebenaran Rasulullah
Syarat sah syahadah:
1. diketahui
2. diiqrarkan
3. ditasdiqkan
4. diamalkan
Binasa syahadah 4 perkara:
1. menduakan Allah
2. syak dan waham di dalam hati
3. menyangkal dirinya dijadikan oleh Allah
4. tidak mengisbatkan zat Allah
Syahadah terbahagi kepada 3 bahagian:
1. syahadah syariat
2. syahadah tareqat
3. syahadah haqiqat
Syahadah syariat – mengucap syahadatain serta dikerjakan yang disuruh dan meninggalkan yang ditegah
Syahadah tareqat – hendaklah kita melihat dengan sepenuhnya segala
perkara yang terjadi pada kita dan sekalian makhluk samada baik atau
jahat, semuanya datang dari Allah dengan qudrah dan iradahNya, serta
ikhlas kita kepadaNya.
Syahadah haqiqat – apabila kita sudah mengetahui dan yakini dengan
sepenuhnya pada hati kita , dan diucapkan dengan syahadatain, iaitu
telah nyata apa yang kita lihat dengan mata zahir, mata hati dan mata
sir akan setiap perbuatan Allah dengan qudrah dan iradahNya. Maka
zahirlah wujud itu di dalam setiap hal dan keadaan, sehingga kita
pandang dengan mata sirr kita, tiada wujud yang lain melainkan wujud
Allah semata-mata.
Syahadah ada 2 macam iaitu syahadah kamilah dan syahadah sirr. Syahadah
sirr itu di hati, tidak lahir syahadah roh itu melainkan dengan syahadah
kamilah. Jadi, kedatangan syahadah itu adalah disebabkan adanya roh.
Jika tiada roh, tiadalah syahadah itu. Roh itu adalah sir Allah, zahir
itu jadi kenyataan, inilah yang dikatakan kalimah kamilah @ sempurna,
barulah sempurna kalimah syahadah yang kita syahadahkan, kerana kamilah
itu adalah sirr. Jika seseorang tidak tahu kalimah sirr itu, maka
pastilah (yakin) pada seseorang itu mengaku bahawa syahadah itu adalah
syahadahnya.
Maka yang ada pada kita itu adalah untuk menyatakan anasir zat iaitu
wujud, ilmu, nur dan syuhud @ zatNya, sifatNya, asmaNya dan af’alNya.
Inilah yang dikatakan tajalli zat @ dikatakan syahadah. Jadi sifat
ma’ani itulah syahadah @ kenyataan, yakni syahadah kamilah. Dan nyata
syahadah kamilah itu dengan adanya syahadah sirr. Apa yang menjadi sirr
ialah wujud, ilmu, nur dan syuhud.
Kamilah iaitu alam roh, alam mithal, alam ijsam dan alam insan yang ada
pada makhluk khususnya pada Muhammad, kerana Muhammad adalah amanah.
Yang menjadi amanah (hayat) iaitu alam roh. Hidup inilah yang hendak
menyatakan zatNya, sifatNya, asmaNya dan af’alNya.
Kalau kita memahami dengan sebenar-benarnya faham, bahawa kita
diibaratkan duduk di dalam lautan. Cuma kita tidak sedar kerana kita
tidak lemas. Tetapi jika kita tahu, sememangnya kita lemas, kerana
setiap orang yang berada di dalam lautan sudah semestinya lemas. Oleh
kerana seseorang itu tidak sedar akan duduknya di dalam lautan, jadi
sangkaannya “hidup” ini kepunyaannya, kerana dia belum mati. Inilah
perbezaan antara orang yang tiada ilmu makrifah. Pada ahli makrifah,
bahawa dia duduk di dalam lautan iaitu maul hayat @ lautan ahdah.
Maka mengambil ibarat antara cermin dengan bayang di dalam cermin. Jasad
ini ibarat cermin dan gambar di dalam cermin itu adalah benda di
hadapan cermin. Maka di hadapan cermin itulah gambarnya. Apa yang
menjadi gambar kepada kita ialah hayat, ilmu, qudrah, iradah, sama’,
basar dan kalam.
Gambar di hadapan kita iaitu nafas yang turun naik dan membawa segala
perubahan. Maka sesiapa yang dapat memandang itu, lemaslah ia. Dan
setiap yang lemas itu harus mati. Apabila sudah mati, yang hidup itu
barulah zahir nama Allah iaitu hayyum, ‘alimun, qadirun, muridun,
sami’un, basirun dan mutakallimun. Itulah syahadah!!!
Seperti ahli tahqiq menyatakan, “ Tukarlah cahaya dirimu itu dengan
digantikan dengan cahaya Tuhannya”. Dan syahadah inilah yang terkandung
di dalam 3 potong ayat iaitu;
1. Akulah Allah, tiada tuhan melainkan Aku
2. Maha suci Allah itu satu daripada tiga
3. Dan Allah menjadikan kamu dan setiap apa yang kamu lakukan
Setiap kejadian itu daripada Allah jua. Maka tidak zahir amanah itu
melainkan dizahirkan manusia, kerana manusia itu sanggup menerima
amanah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar